Skip to main content

Sejarah

FAKULTI SENI LIBERAL, UNIVERSITI PRINCESS NARADHIWAS

Fakulti Seni Liberal merupakan salah satu jawatankuasa yang ditubuhkan mengikut pengumuman dalam Warta Kerajaan. Universiti Princess of Naradhiwas ditubuhkan dengan objektif untuk memperluaskan peluang pendidikan kepada pelajar di 3 wilayah selatan dan kawasan berdekatan/berhampiran agar mereka boleh belajar hingga peringkat sarjana muda. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyokong pengajaran mata pelajaran pendidikan am bagi pelbagai fakulti pada peringkat awal. Fakulti ini diasingkan daripada fakulti subjek pengantar asas sebelum bergabung menjadi universiti sejak 9 Februari 2005, ia telah menggunakan bangunan Jabatan Pembinaan tingkat 1 di Kolej Teknik Narathiwat, Kampus Khok Khua, Mukim Khok Khian, Daerah Mueang Narathiwat, Wilayah Narathiwat, sebagai lokasi projek sementara. Kemudian, pada 1 November 2010, pejabat fakulti telah dipindahkan ke tingkat satu Fakulti Sains dan Teknologi. Kemudian pada 3 Oktober 2014, ia memindahkan pejabatnya ke Fakulti Seni Liberal sehingga hari ini.

Fakulti Seni Liberal, Universiti Princess Naradhiwas, terdapat tiga kumpulan mata pelajaran pendidikan am, iaitu, mata pelajaran bahasa seperti Inggeris, Thai, Melayu dan Cina. Mata pelajaran sains sosial dan sekumpulan mata pelajaran pendidikan jasmani. Sebanyak 40 mata pelajaran, bagi 7 buah fakulti, iaitu Fakulti Perubatan, Fakulti Kejururawatan, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Pertanian, Fakulti Sains Pengurusan, dan Institut Pengajian Islam dan Arab. Pada tahun akademik 2015 telah membuka program Sarjana Muda Program Bahasa Inggeris bagi generasi 1, terdapat kemasukan pelajar 96 orang dan pada tahun akademik 2016, generasi 2 mempunyai 89 orang. Fakulti telah mewujudkan program Sarjana Muda (Program Bahasa Melayu) pada tahun akademik 2017, terdapat kemasukan pelajar 39 orang bagi generasi pertama, manakala program Bahasa Inggeris generasi ketiga mempunyai 97 orang. Pada tahun akademik 2018, terdapat kemasukan pelajar 83 orang bagi Program Bahasa Inggeris generasi 4, dan kemasukan pelajar bagi program Bahasa Melayu, Generasi 2 sebanyak 23 orang. Pada tahun akademik 2019, terdapat kemasukan pelajar bagi Program Bahasa Inggeris generasi 5 sebayak 102 orang dan pelajar dalam Program Bahasa Melayu generasi 3 seramai 16 orang. Pada tahun akademik 2020, pelajar dalam Program Bahasa Inggeris, generasi 6 seramai 97 orang dan pelajar bagi Program Bahasa Melayu, generasi 4, seramai 23 orang. Pada tahun akademik 2021, Program Bahasa Inggeris, generasi 7, kemasukan pelajar sebanyak 70 orang.

Fakulti ini mempunyai pensyarah, sama ada kakitangan jawatan awam, kakitangan universiti, dan pekerja sementara seramai 38 orang. Di antaranya Ijazah kedoktoran 6 orang, Ijazah Sarjana 28 orang, dan Ijazah Sarjana Muda 4 orang. Selain kakitangan akademik, terdapat kakitangan sokongan seramai 18 orang, iaitu Ijazah Sarjana 2 orang, Ijazah Sarjana Muda 12 orang, peringkat Diploma 1 orang dan peringkat sekolah menengah 3 orang. (maklumat yang diberikan mengenai kakitangan adalah pada 19 Januari 2022)

Falsafah:

Graduan mempunyai pengetahuan, kebijaksanaan, mencari, mengembangkan pengetahuan untuk kemakmuran masyarakat.

Visi:

Institut Pembangunan Sains Kemanusiaan dan Sains Sosial menjadi pusat ilmu penyelidikan atau inovasi demi mencapai universiti yang berfungsi untuk komuniti.

Misi:

1. Menghasilkan graduan berkualiti.

2. Menghasilkan karya akademik, karya kreatif, dan penyelidikan.

3. Menyediakan perkhidmatan akademik untuk pembangunan masyarakat.

4. Mempromosikan dan mengekalkan bahasa, agama, dan budaya.

5. Membangunkan sistem pengurusan yang efisien berdasarkan prinsip tadbir urus yang baik.

Identiti:

Lulusan memiliki kepribadian multikultural.

Identiti Khusus:

Universitas yang memberi tumpuan kepada ilmu sains dan sains sosial berdasarkan budaya.

Nilai korporat

A: Aktiviti – Keaktifan dan semangat dalam bekerja.

R: Hubungan – Perhubungan yang baik.

T: Tepat Masa – Ketepatan Masa

S: Kekal – Keberterusan

Definisi Terminologi:

Multikultural merujuk kepada hidup bersama dalam kepelbagaian, termasuk bahasa, agama, dan budaya

 Polisi :

1. Polisi  Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran: Mempromosikan suasana akademik melalui mekanisme jaminan kualiti pendidikan sebagai alat pengurusan.

2. Polisi  Penyelidikan dan Karya Kreatif: Mendorong dan menyokong staf dalam menjalankan penyelidikan dan karya kreatif untuk pengembangan pengetahuan, serta untuk meningkatkan pengajaran dan manfaatnya.

3. Polisi  Pelayanan Masyarakat Akademik: Mengembangkan, mempromosikan, dan menyokong aktiviti pelayanan masyarakat akademik untuk memenuhi keperluan masyarakat.

4. Polisi  Pelestarian Budaya: Mendorong pelestarian bahasa, agama, dan budaya.

5. Polisi  Pengurusan: Memberikan kepentingan kepada pengurusan sistem yang baik berdasarkan prinsip tadbir urus yang baik.

Objektif:

1. Untuk menghasilkan graduan yang memiliki pengetahuan, kemahiran, dan moral yang bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan masyarakat.

2. Untuk menghasilkan hasil kerja dalam bidang akademik, penyelidikan, dan karya kreatif yang memenuhi keperluan masyarakat.

3. Untuk memberikan perkhidmatan akademik untuk membangun masyarakat.

4. Untuk mempromosikan dan memelihara bahasa, agama, dan budaya.

5. Untuk membangunkan sistem pengurusan yang berkesan dan berdasarkan prinsip tadbir urus yang baik. 6. Untuk membangunkan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkesan untuk digunakan dalam pengajaran dan pengurusan yang berkesan.

Strategi:

1. Menghasilkan graduan yang  berkualiti dalam bidang profesional dan inovasi.

2. Menghasilkan hasil kerja akademik, penyelidikan, dan inovasi yang berkualiti.

3. Memberikan perkhidmatan akademik untuk memenuhi keperluan komuniti dan masyarakat di tiga wilayah sempadan Selatan.

4. Mempromosikan bahasa, melestarikan agama dan budaya.

5. Meningkatkan pengurusan organisasi menuju organisasi terkemuka dengan penekanan pada kecekapan dan kelestarian.